Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa di mahkamah atas tuduhan menghantar ancaman bom ke Parlimen

Apr 14, 2018 | 2:30 PM
FOTO: Parliament.gov.sg
FOTO: Parliament.gov.sg -

SEORANG lelaki berusia 46 tahun didakwa di mahkamah pada Sabtu (14 April) kerana disyaki terlibat dalam ancaman bom yang dihantar ke Rumah Parlimen.

Albert Pang Tze Kaan dituduh melakukan intimidasi jenayah tanpa nama (anonymous) di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan (Penal Code).

Pang didakwa menghantar sampul surat- yang mengandungi surat di mana "Bom di dalam" tertulis- kepada Rumah Parlimen di No.1 Parliament Place Jumaat lalu sekitar 11.30 pagi.

Dia diberkas pada hari yang sama oleh pegawai dari Divisyen Polis Bedok.

Sejak Khamis, polis telah diberitahu bahawa sampul surat yang mengandungi ancaman bom telah diterima oleh beberapa bangunan pemerintah, hotel dan kedai runcit, menurut kenyataan yang dikeluarkan Jumaat lalu.

Siasatan mendapati bahawa Pang mungkin telah menghantarkan sekitar lima sampul surat yang mengandungi ancaman bom, namun tidak mempunyai niat untuk meneruskan ancaman tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg