Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa di mahkamah setelah gunakan kekerasan ke atas Duta Jarak Selamat

Apr 18, 2020 | 7:44 PM
34b9be93-ab62-4014-8154-17db2bbbb0f2
- FOTO FAIL

SEORANG pesalah yang menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang Duta Jarak Selamat pada 12 April lalu telah didakwa di mahkamah hari ini (18 April), kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Dalam satu catatan di Facebook malam Sabtu, Encik Masagos berkata pesalah itu telah dinasihati agar tidak berlegar-legar di sekitar Hougang Avenue 8. Dia kemudian melarikan diri selepas menggunakan kekerasan terhadap seorang Duta Jarak Selamat.

Sehingga Khamis lalu, Pasukan Polis Singapura (SPF) telah menerima 12 laporan mengenai orang awam yang menganiayai secara fizikal atau lisan Pegawai Penguatkuasaan dan Duta yang sedang menjalankan tugas mereka.

"Sebagai satu masyarakat, kita mesti ambil tindakan tolerasi sifar terhadap tindakan ganas sedemikian terhadap Pegawai Penguatkuasaan dan Duta, yang sedang bekerja keras di barisan hadapan untuk melindungi kita," tulis Encik Masagos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg