Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa guna pisau lipat laku serangan

Sep 20, 2022 | 5:30 AM
cf147f7d-9fd5-46b3-a370-a56570898c43
-

SEORANG lelaki didakwa menggunakan pisau lipat untuk menyerang seorang lelaki lain, yang kemudian ditemui di luar Kompleks Golden Mile di Beach Road dengan kecederaan teruk di dada dan perutnya.

Chia Chiew Boon, 50 tahun, semalam didakwa dengan satu tuduhan menggunakan senjata untuk secara sukarela menyebabkan kecederaan parah kepada Encik Noel Yeo, 31 tahun.

Chia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 4 pagi Ahad lalu.

Polis berkata, pegawai polis sedang menjalankan rondaan berjalan kaki di kawasan itu apabila mereka melihat kekecohan di perhentian teksi.

Encik Yeo mengalami luka di badan dan dalam keadaan sedar apabila ambulans membawanya ke hospital.

Polis menambah:

"Dengan menggunakan maklumat yang diberikan oleh lelaki itu dan seorang saksi, pegawai mengesan lelaki berusia 50 tahun itu berada di sekitar perhentian teksi dan menahannya."

Sebilah pisau dirampas.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki tidak dikenali antara satu sama lain.

"Siasatan polis sedang dijalankan," kata pihak polis.

Chia akan direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk pemerhatian psikiatri dan kesnya ditangguhkan 3 Oktober ini.

Kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan teruk dengan senjata, tertuduh boleh dipenjara seumur hidup atau sehingga 15 tahun dengan denda dan rotan.

Chia tidak boleh dirotan kerana usianya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg