SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lelaki didakwa kendali tempat urut tanpa lesen

Lelaki didakwa kendali tempat urut tanpa lesen

Sep 21, 2021 | 5:30 AM

Lelaki didakwa kendali tempat urut tanpa lesen

cc4d3afd-0cd8-406b-b83c-ad0c14eb717d
-

SEORANG lelaki didakwa di mahkamah semalam dengan tiga pertuduhan mengendali tiga tempat urut tanpa lesen di Brighton Crescent, Hougang Street 21 dan Jalan Besar.

Foo Hee Tong, 58 tahun, ditahan ketika satu siri operasi penguatkuasaan oleh Polis Divisyen Ang Mo Kio dan Central antara Disember 2020 hingga Jun lalu.

Setiap tuduhan itu membawa hukuman denda hingga $20,000, penjara hingga lima tahun, atau kedua-dua hukuman.

Polis akan memberitahu pemilik hartanah apabila penyewa didakwa di mahkamah kerana mengendalikan tempat urut tanpa izin.

Setelah penyewa disabitkan dengan kesalahan itu, pemilik hartanah mesti memastikan penyewa itu menyerahkan semula pemilikan premis tersebut dalam masa satu bulan.

"Polis akan mengambil tindakan terhadap pemilik hartanah yang sengaja menyewakan premis mereka kepada pengusaha pusat urut tanpa izin," kata polis dalam satu kenyataan semalam.

Polis menegaskan ia memandang serius terhadap sesiapa yang terlibat dalam perniagaan haram sedemikian.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg