Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa sebabkan kemalangan maut di Punggol

Aug 2, 2023 | 6:11 PM
KEMALANGAN MENYEBABKAN KEMATIAN: Seorang lelaki telah didakwa selepas memandu kereta secara berbahaya menyebabkan kematian seorang pelajar lelaki menengah dua, Adriel Choo Yong Xing, 14 tahun.
KEMALANGAN MENYEBABKAN KEMATIAN: Seorang lelaki telah didakwa selepas memandu kereta secara berbahaya menyebabkan kematian seorang pelajar lelaki menengah dua, Adriel Choo Yong Xing, 14 tahun. - Foto ST

Seorang lelaki telah didakwa selepas memandu kereta secara berbahaya pada Rabu sehingga melanggar lampu isyarat merah di Punggol sebelum merempuh seorang pelajar.

Pelajar tersebut kemudian meninggal dunia kira-kira tiga minggu selepas kejadian itu, lapor The Straits Times (ST).

Firhan Aqil Mohamad Amran, 25 tahun, dikatakan sedang memandu kereta di Sumang Walk yang mengarah ke Sumang Link pada 11.30 pagi pada 10 Oktober 2022, apabila ia melanggar Adriel Choo Yong Xing, 14 tahun, yang sedang melintas jalan dengan lampu trafik membenarkan pejalan kaki melintas.

Gambar-gambar selepas kejadian itu menunjukkan Adriel yang berpakaian baju sekolah sedang terbaring di jalan raya sambil seorang wanita dan pekerja pembinaan membantunya.

ST melaporkan pada November 2022 bahawa pelajar menengah dua itu tidak sedar diri apabila dihantar ke hospital. Mangsa dirawat di hospital sebelum meninggal dunia.

Kes Firhan ditangguhkan sehingga 22 Ogos.

Atas kesalahan menyebabkan kematian sambil memandu secara berbahaya, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara antara dua hingga lapan tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg