Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa serang lelaki lain dengan gunting

Nov 13, 2022 | 7:25 AM
659d206c-cfeb-4149-b164-3c2c91ba13bb
- FACEBOOK MASAGOS ZULKIFLI

SEORANG lelaki berumur 26 tahun ditangkap kelmarin selepas dia didakwa menyerang seorang lelaki dengan sebilah gunting di kawasan Geylang.

Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata mereka dimaklumkan tentang serangan di kawasan Aljunied Road dan Lorong 22 Geylang itu sekitar 6.30 petang kelmarin.

"Seorang lelaki berusia 30 tahun dikatakan diserang oleh seorang lelaki berusia 26 tahun dengan sebilah gunting," kata SPF dalam satu kenyataan semalam.

Mangsa mengalami kecederaan luka di tangan dan peha. Beliau dalam keadaan sedar semasa dibawa ke hospital dan kini dalam keadaan stabil.

Melalui siasatan di tempat kejadian dan dengan bantuan imej menerusi kamera polis dan kamera litar tertutup (CCTV), pegawai Divisyen Polis Bedok mengenal pasti lelaki itu dan menangkapnya dalam masa tiga jam selepas kejadian itu dilaporkan.

Lelaki didakwa di mahkamah semalam bagi kesalahan menyebabkan kecederaan secara sengaja dengan menggunakan senjata bahaya.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun, denda, sebat, atau gabungan tiga hukuman itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg