Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didenda $12,800 kerana import dan simpan lebih 90 tarantula secara terlarang

Aug 2, 2018 | 2:39 PM
DILARANG: Salah seekor labah-labah tarantula yang dimiliki Tam Jiaming.
DILARANG: Salah seekor labah-labah tarantula yang dimiliki Tam Jiaming. - Foto ICA

SEORANG lelaki berusia 34 tahun didenda $12,800 semalam (1 Ogos) kerana mengimport dan menyimpan labah-labah tarantula secara terlarang di rumahnya.

Tam Jiaming sedang melalui pusat pemeriksaan Tuas dengan menaiki keretanya pada 4 Januari lalu apabila dia diarah menjalani pemeriksaan dan disoal pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Dia tidak mengaku membawa barang yang perlu diisytiharkan.

Namun selepas memeriksa keretanya, pegawai ICA tersebut menemui enam labah-labah tarantula yang masih hidup dalam bekas yang diletak dalam beg di tempat duduk belakang.

Selepas kes itu dirujukkan kepada Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA), mereka menemui lagi 92 labah-labah tarantula lalu merampasnya.

Labah-labah tarantula tidak diluluskan sebagai haiwan peliharaan di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg