Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didenda kerana gagal daftar GST bagi perniagaan secara dalam talian

Nov 28, 2020 | 5:30 AM
DIDENDA: Edwin Pang jadi orang pertama yang didapati bersalah kerana gagal membuat pendaftaran bagi GST bagi penjualan secara dalam talian dan telah diarah membayar denda $11,000. - Foto BH oleh KELVIN CHNG
DIDENDA: Edwin Pang jadi orang pertama yang didapati bersalah kerana gagal membuat pendaftaran bagi GST bagi penjualan secara dalam talian dan telah diarah membayar denda $11,000. - Foto BH oleh KELVIN CHNG -

ORANG pertama yang didapati bersalah kerana gagal membuat pendaftaran bagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi penjualan secara dalam talian telah diarah membayar denda $11,000.

Edwin Pang Chung Jie, 40 tahun, juga didenda $4,000 semalam, lapor akhbar The Straits Times semalam.

Dia mengaku bersalah terhadap satu tuduhan di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Empat lagi tuduhan diambil dalam pertimbangan sewaktu hukuman dijatuhkan oleh Hakim Daerah Ong Luan Tze.

Dua tuduhan lain yang dijadikan pertimbangan termasuk mengemukakan penyata cukai pendapatan yang tidak tepat tanpa alasan yang munasabah dan dua lagi tuduhan melibatkan kegagalan menyimpan rekod invois yang diterima berkaitan perniagaannya.

Dalam satu kenyataan pada 30 Oktober lalu, Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) berkata Pang menjual telefon bimbit dan aksesori di platform seperti Lazada, Shopee dan Carousell.

Dia menjalankan perniagaannya, menerusi antara lain, dua firma yang dimilikinya, Edmobile dan Moogi, kata pendakwaraya Cik Victoria Chong kepada mahkamah.

"Siasatan menunjukkan nilai keseluruhan bekalan yang sepatutnya dikenakan cukai bagi empat suku yang berakhir 31 Disember 2012 hingga 30 September 2013 melepasi $1 juta," kata Cik Chong lagi.

Pang telah diminta memaklumkan kepada Pengawal GST mengenai tanggungjawabnya untuk mendaftar bagi GST selewat-lewatnya 30 Oktober 2013.

Namun dia gagal berbuat demikian, dan cukai sebanyak $118,023.23 menjadi tertunggak antara 1 Disember 2013 dan 30 September 2015.

Mahkamah diberitahu bahawa Pang yang kini bankrap, telah membuat sebahagian pembayaran.

Hakim Ong telah mengenakan denda kepada Pang dan mengarahkannya untuk membayar denda sebanyak $11,802.32.

Kegagalan mendaftar bagi GST merupakan satu kesalahan dan perniagaan yang gagal berbuat demikian perlu membayar 10 peratus GST sebagai denda, dan mungkin dikenakan denda tambahan sehingga $10,000.

Dalam kenyataan awal, Iras berkata antara 2015 hingga tahun lalu, ia telah berjaya mengutip lebih $3.8 juta dalam cukai dan denda hasil dari audit yang dibuat terhadap 65 pembayar cukai yang mengendalikan perniagaan secara dalam talian.

Iras berkata semua pendapatan daripada perniagaan secara dalam talian atau e-perdagangan di Singapura mesti membuat pengisytiharan bagi tujuan cukai.

"Individu, pemilik tunggal atau rakan kongsi yang menerima pendapatan perniagaan lebih $6,000 dalam tahun kewangan diperlukan failkan penyata cukai bagi Tahun Penilaian 2021 dari 1 Mac hingga 18 April 2021," tambah Iras lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg