Lelaki didenda kerana tampar pemandu dalam telagah tempat letak kereta
Premium
Lelaki didenda kerana tampar pemandu dalam telagah tempat letak kereta
Feb 4, 2016 | 5:30 AM

-
SEORANG lelaki yang menampar muka seorang pemandu berkali-kali kerana bertelagah berkaitan tempat letak kereta telah didenda $1,500 semalam kerana menyebabkan kecederaan.
Cho Chee Onn, pegawai sokongan teknikal berusia 56 tahun, mengaku menampar Encik Oei Tsong Mian, 46 tahun, berkali-kali sehingga menyebabkan luka pada mukanya di tempat letak kereta di Blok 52 Chin Swee Road pada 31 Januari tahun lepas.

