Lelaki didenda lebih $1.3j dek elak cukai, GST bagi 195 kenderaan import
Premium
Lelaki didenda lebih $1.3j dek elak cukai, GST bagi 195 kenderaan import
Mar 3, 2020 | 5:30 AM

-
SEORANG lelaki didenda lebih $1.3 juta kerana mengelak daripada membayar cukai ke atas 195 kenderaan bermotor yang diimport ke Singapura.
Kastam Singapura semalam berkata rakyat Singapura, Sunil Kishinchand Bhojwani, 59 tahun, didenda $1,347,146.10 oleh Mahkamah Negara Jumaat lalu, kerana terlibat dalam satu konspirasi mengelak pembayaran cukai eksais serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) antara Februari dengan September 2015, lapor The Straits Times.

