Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki digelar 'Parrot Man' ditangkap di Geylang Serai

Oct 15, 2018 | 1:15 PM
DITANGKAP POLIS: Encik Zeng Guoyuan yang lebih dikenali sebagai 'Parrot Man' dalam satu gambar fail yang diambil pada 2015.
DITANGKAP POLIS: Encik Zeng Guoyuan yang lebih dikenali sebagai 'Parrot Man' dalam satu gambar fail yang diambil pada 2015. - Foto THE NEW PAPER

SEORANG lelaki 65 tahun ditangkap polis kelmarin (13 Oktober) kerana mengganggu ketenteraman awam dan sengaja menyebabkan kecederaan kepada kakitangan awam.

Polis berkata mereka memberi respons selepas menerima aduan daripada orang awam pada 11.30 pagi kelmarin berhubung seorang lelaki yang meminta duit daripada orang awam di 1 Geylang Serai.

Menurut akhbar The Straits Times, lelaki itu adalah Encik Zeng Guoyuan, yang lebih dikenali sebagai 'Parrot Man'.

Apabila pegawai polis cuba bercakap dengannya, beliau dikatakan enggan bekerjasama dan tidak mematuhi arahan pegawai polis meskipun diberi amaran berulang kali.

Menurut polis, lelaki itu menjadi ganas dan mencederakan dua pegawainya.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Ogos lalu, Encik Zeng juga ditangkap polis selepas dia didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang lelaki di Orchard Road.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg