Topik diikuti
Pergi ke BHkuLelaki digigit memerang selepas mengekori mereka
Lelaki digigit memerang selepas mengekori mereka
Lelaki digigit memerang selepas mengekori mereka

SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan suntikan setelah beliau digigit memerang di Kallang Riverside Park pada Isnin (4 Apr).
Tertarik melihat sekumpulan 30 memerang, Encik Ang yang tidak ingin nama penuhnya disiarkan, mengekori kumpulan tersebut untuk mengambil video sambil menjaga jarak dua meter.
Namun, sekitar 30 saat selepas itu, seekor memerang menggigit betis beliau, 52 tahun.
"Saya agak terkejut apabila memerang itu pusing menghadap saya. Naluri saya adalah untuk berdiam diri dan berharap tiada apa yang akan berlaku.
"Saya tidak sangka ia akan menggigit saya," katanya.
Meskipun kakinya berdarah, Encik Ang berkata, beliau tidak menelefon ambulans kerana tidak menganggap lukanya itu terlalu serius.
Beliau mencuci lukanya lalu menaiki bas ke Hospital Raffles di mana X-ray dilakukan dan suntikan tetanus diberikan kepadanya. - The Straits Times
