Lelaki digigit ular sawa di Orchard beransur pulih selepas bedah kecil keluarkan gigi ular
Premium
Lelaki digigit ular sawa di Orchard beransur pulih selepas bedah kecil keluarkan gigi ular
Feb 1, 2019 | 5:30 AM
BERANSUR PULIH: Lelaki yang digigit ular beransur pulih selepas menjalani pembedahan bagi mengeluarkan gigi ular berkenaan. - Foto FACEBOOK/ANTICIMEX SINGAPORE -
FIRMA kawal serangga Anticimex mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas keprihatinan dan sokongan yang ditunjukkan terhadap salah seorang pekerjanya yang cedera semasa menangkap ular sawa di luar bangunan Tang Plaza di Orchard Selasa lalu.
Ia memuatkan pos di Facebook semalam, memetik pengarah urusan dan presiden bahagian Asia Anticimex, Encik Tony Hurst, mengatakan bahawa lelaki yang cedera itu menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan gigi ular dan beransur pulih.

