Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dihukum mati kerana edar dadah; adiknya penjara seumur hidup

Mar 17, 2020 | 6:13 PM
-

DUA adik-beradik lelaki yang memberi kenyataan bercanggah di Mahkamah Tinggi mengenai tuduhan dadah telah dijatuhi hukuman. Seorang daripada mereka, Mohamed Mubin Abdul Rahman, 59 tahun, akan digantung manakala adiknya, Lokman Abdul Rahman, 55 tahun, menerima hukuman penjara seumur hidup. Kedua-duanya dijatuhi hukuman pada 21 Februari setelah didapati bersalah mengedar dadah pada 6 Februari.

Lokman juga didapati bersalah kerana memiliki dadah. Lokman diberkas pada 8 September 2015 manakala Mubin ditahan pada 5 Oktober tahun sama. Pihak pendakwa telah mengeluarkan Sijil Bantuan Substantif (CSA) kepada Lokman, yang menyatakan penerima telah membantu Biro Narkotik Pusat (CNB) secara substantif dalam menumpaskan kegiatan mengedar dadah di dalam atau luar Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg