SELAMA lebih setahun, seorang teknisyen menganiaya dan merogol anak perempuannya sendiri semasa kanak-kanak itu berusia antara 10 dengan 11 tahun di bilik tidurnya sehingga dia ditangkap oleh isterinya.
Namun, laporan polis hanya dibuat empat bulan kemudian oleh mangsa dengan bantuan seorang bapa saudaranya yang dimaklumkan mengenai pengalaman pahit kanak-kanak tersebut.
Semalam, bapa yang berusia 40 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan rogol yang teruk dan tiga tuduhan eksploitasi seksual terhadap anaknya.
Lagi enam tuduhan eksploitasi seksual diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan.
Diibaratkan sebagai haruan makan anak, lelaki itu tidak dapat dinamakan disebabkan perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa.
Lelaki itu melakukan jenayah seksual ke atas anaknya itu antara Ogos dengan September 2019. Dia telah menyentuh tubuh anaknya dua kali sebulan ketika berusia 10 tahun.
Oleh kerana dia tidak ditangkap atau mengalami sebarang tindakan, dia menjadi lebih berani dan meningkatkan kekerapan perbuatan itu.
Setelah September 2019, dia menganiaya anaknya sekali seminggu.
Apabila mangsa berusia 11 tahun, perbuatannya menjadi semakin ganas. Antara 11 Mac 2020 dengan 5 Oktober 2020, dia memaksa anaknya melakukan seks oral terhadapnya.
Perbuatan itu berlaku ketika mereka bersendirian di rumah atau ketika anggota keluarga yang lain sedang tidur.
Pernah sekali semasa melakukan perbuatan seks, si bapa telah ke bilik tidurnya dengan cepat untuk memeriksa sama ada isterinya masih tidur. Apabila dia yakin bahawa isterinya lena, dia kembali ke bilik anaknya dan sambung menganiayanya.
Kejadian ini terhenti apabila isterinya telah bangun dan ke bilik anaknya dan terlihat suaminya berada di atas anaknya.
Apabila ditanya apa yang sedang dia lakukan, pesalah berbohong dan berkata mangsa mengalami mimpi buruk dan dia hanya memujuk mangsa dengan meliputinya dengan selimut.
Mangsa kemudian memberitahu emaknya bahawa bapanya telah menganiayanya banyak kali.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg