Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dijel kerana ugut pelajar lelaki berkaitan gambar bogel

Dec 30, 2015 | 3:05 PM
-

SEORANG lelaki berusia 25 tahun yang mengugut akan menunjukkan gambar bogel seorang remaja lelaki kepada polis jika dia tidak memberinya $800 dipenjara lapan minggu pada Rabu (30 Dis).

Mohammad Zareen Wahid, seorang pelayan, mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan ugutan jenayah.

Mahkamah diberitahu bahawa sekitar akhir Ogos tahun lalu, Zareen mengenali mangsa, seorang pelajar berusia 18 tahun, melalui platform media sosial Tagged.

Mereka bertukar-tukar nombor telefon dan tidak lama kemudian mula mempunyai perbualan intim menerusi aplikasi mesej WhatsApp.

Mangsa, yang tidak boleh dinamakan bagi melindungi identitinya, menyangka Zareen seorang wanita.

Dalam salah satu perbualan WhatsApp pada awal September tahun lalu, pelajar itu menghantar Zareen gambarnya telanjang di bahagian bawah.

Pada 24 September tahun itu, Zareen menghantar mesej mengancam akan menunjukkan gambar tersebut kepada polis kecuali dia dibayar $800.

Cemas dan bimbang, pelajar itu setuju tetapi meminta membayar separuh dahulu kerana dia tidak mempunyai wang.

Pada hari sama, pelajar berkenaan memindahkan $480 kepada Zareen, yang membelanjakan wang itu untuk membeli-belah dan perbelanjaan harian.

Lima hari kemudian, dia membuat laporan polis.

Zareen telah memulangkan wang remaja itu sepenuhnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg