Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dipenjara 4 minggu kerana tawar rasuah $200 kepada pegawai NEA atas kesalahan merokok

Mar 16, 2020 | 3:20 PM
-

SEORANG lelaki berusia 61 tahun dihukum penjara empat minggu pada hari Isnin (16 Mac) kerana menawarkan rasuah $200 kepada pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam satu kenyataan berkata Wong Sin Wah cuba memberi rasuah supaya dilepaskan daripada kesalahan merokok pada 20 Jun 2019, lapor The Straits Times.

Dia didapati merokok di bawah laluan pejalan kaki berbumbung di Yishun oleh dua pegawai penguatkuasaan NEA yang sedang melakukan rondaan rutin.

Semasa salah seorang daripada mereka, Encik Gobinath Munusamy, mengambil butiran Wong, Wong menawarkan empat keping $50 kepadanya.

Encik Munusamy menolak sogokan itu dan melaporkannya kepada CPIB.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg