Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dipenjara 5 tahun kerana lakukan seks dengan remaja perempuan 15 tahun

Jul 10, 2018 | 12:49 PM
DIPENJARA: Lim Chee Keong mengenali remaja itu menerusi laman web yang menawarkan seks komersial dan mengadakan hubungan seks dengannya tiga kali walaupun dia tahu remaja itu bawah umur.
DIPENJARA: Lim Chee Keong mengenali remaja itu menerusi laman web yang menawarkan seks komersial dan mengadakan hubungan seks dengannya tiga kali walaupun dia tahu remaja itu bawah umur. - Foto WONG KWAI CHOW

SEORANG lelaki 33 tahun melakukan pelbagai kegiatan seks dengan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun selepas remaja itu memuat naik iklan di dalam talian bagi mencari "seseorang yang mampu membayar yura tuisyennya".

Lim Chee Keong mengenali remaja itu menerusi laman web yang menawarkan seks komersial tetapi tidak membayarnya sesen pun.

Dia juga mengadakan hubungan seks dengannya tiga kali meskipun tahu remaja itu bawah umur.

Lim dijatuhi hukuman penjara lima tahun semalam (9 Julai) bagi empat tuduhan - tiga tuduhan seks dengan individu bawah umur serta satu tuduhan memiliki filem lucah.

Lim yang merupakan seorang penolong jurutera antara lain mengadakan hubungan seks dengan remaja itu di tangga di kawasan kejiranannya dan sebuah hotel.

Lim turut meminta remaja itu menghantarnya gambar dan videonya tanpa memakai baju serta memenuhi permintaannya, dengan berjanji dia akan membayarnya $4,000 hingga $5,000 sebulan.

Namun, siasatan mendedahkan bahawa Lim tidak berniat untuk membayarnya.

Perbuatan Lim itu diketahui apabila guru remaja itu mendapati kelakuannya aneh dan menghantarnya ke sesi kaunseling.

Pelajar itu menangis semasa sesi tersebut dan memberitahu kaunselor apa yang berlaku.

Sekolahnya membuat laporan polis dan Lim ditangkap selepas itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg