Topik diikuti
Pergi ke BHkuLelaki dipenjara dan disebat kerana meletakkan dadah dalam air wanita
Lelaki dipenjara dan disebat kerana meletakkan dadah dalam air wanita
PEMANDU bas sewa swasta meletakkan apa yang difikirkannya pil tidur dalam air minuman rakan satu flat beliau kerana ingin merogolnya.
Apabila wanita berusia 21 tahun minum air tercemar itu, beliau terasa pahit dan meludah.
Hari ini, warga negara India, Annadurai Prabakaran, 28 tahun, dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan 10 bulan serta tiga sebatan.
Dia mengaku bersalah terhadap tuduhan memberikan dadah kepada wanita tersebut serta menghalang siasatan.
Annadurai, yang bekerja di Singapura selama lebih tujuh tahun, tinggal di flat yang terletak di Tampines bersama wanita itu, yang juga berasal dari India, serta keluarga pakcik wanita tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya Rachel Tan berkata bahawa Annadurai sering memikirkan wanita tersebut namun tidak berasa bahawa beliau ingin mengadakan hubungan seks dengannya kerana mereka tidak pernah bertegur siapa.
Dia kemudian memulakan rancangan untuk memberikan wanita tersebut dadah dan merogolnya semasa beliau sedang tidur.
Menurut laporan akhbar The Straits Times, pada 9 Disember tahun lalu, beliau telah pergi ke Geylang dan membeli dua pil berharga $2 daripada seorang pemilik kedai.
Mahkamah diberitahu bahawa pil-pil tersebut sebenarnya mengandungi 'sildenafil'- yang biasanya ditemui dalam kandungan Viagra.
Tiga hari selepas dia membeli pil-pil tersebut, Annadurai mengambil peluang untuk meletakkan pil tersebut dalam botol air wanita itu semasa mereka tinggal dua orang di rumah.
Penghuni yang lain berada di India.