Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dipenjara kerana cabul penumpang remaja

Jul 4, 2024 | 2:26 PM
Lelaki dipenjara kerana cabul penumpang.
Lelaki dipenjara kerana cabul penumpang. - Foto fail ST

SEORANG lelaki yang menyediakan perkhidmatan kongsi kereta atau carpooling secara haram dengan kereta yang didaftarkan di Malaysia, mencabul seorang penumpang berusia 14 tahun selepas dia meminta ditumpangkan melalui SG Hitch di platform Telegram.

Pada 3 Julai, Fong Tong Zjin, 23 tahun, dijatuhi hukuman penjara 14 bulan dan tiga sebatan, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul, lapor The Straits Times.

Warga Malaysia itu turut didenda $1,800 bagi kesalahan termasuk menggunakan kereta itu sebagai kenderaan perkhidmatan awam tanpa lesen yang sah untuk berbuat demikian.

Pada sekitar 5 petang pada 25 November 2023, mangsa memasuki laman SG Hitch dan memesan perjalanan dari Yishun Ring Road ke bangunan Primz Bizhub di Woodlands Close.

Fong membalasnya melalui mesej peribadi, dan mereka bersetuju bahawa remaja itu akan membayarnya $8 untuk perkhidmatan tersebut.

Kira-kira 20 minit kemudian, Fong tiba dengan sebuah kereta BMW. Walaupun kereta itu didaftarkan atas nama abang teman wanitanya, Fong adalah pengguna utama kenderaan itu dan bertanggungjawab membiayainya, kata mahkamah.

Sebaik tiba, mangsa hendak membuka pintu belakang kereta apabila Fong membuka pintu tempat duduk penumpang hadapan dan menyuruhnya duduk di sebelahnya.

Mangsa bersetuju, dan Fong terus memandu kereta dan meminta mangsa memegang tangannya.

Timbalan Pendakwa Raya Yap Jia Jun memberitahu mahkamah: “Apabila mangsa tidak menjawab, tertuduh menggunakan tangan kirinya untuk memegang tangan kanan mangsa, dengan jari mereka bercantum.

“Dia juga mengusap tapak tangan mangsa dengan ibu jarinya, dan mengatakan bahawa tangannya lembut. Mangsa tidak melawan. Ini berlangsung tiga hingga lima minit.”

Fong kemudian meraba dada remaja itu sebelum menarik tangannya, dan menyentuh bahagian sulitnya.

DPP menambah: “Semakin mangsa cuba menolak tangan tertuduh, semakin dia menyentuhnya.

“Mangsa kekal dalam kereta kerana takut mati jika terjun keluar. Sebaliknya, dia hanya meminta tertuduh memandu lebih laju.”

Mangsa kemudian sampai ke destinasinya dan Fong memadam sembang Telegram antara mereka.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan apa yang berlaku seterusnya, tetapi Fong ditangkap pada 26 November 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg