Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dipenjara, seks berbayar budak bawah umur

Jun 16, 2021 | 5:30 AM
95473833-70cc-4827-bed8-643c87c98249
-

SEORANG lelaki menyamar sebagai wanita dalam talian untuk menggoda seorang remaja lelaki berusia 17 tahun agar mengadakan hubungan seks berbayar bersamanya.

Muhammad Al-Masfuiin Muhsin, 26 tahun, berpura-pura menjadi wanita yang sedang mencari "hamba seks" untuk memberi perkhidmatan seksual untuk "dirinya dan teman lelakinya" pada harga $250.

Pada 18 Jun 2019, remaja itu, yang diusir dari rumahnya sebelum itu, tiba di sebuah flat di Tampines.

Al-Masfuiin, yang turut menyamar sebagai teman lelaki, kemudian melakukan perbuatan seks terhadap remaja itu sebagai tukar ganti bagi menyediakannya penginapan malam di flat tersebut.

Dia juga memberi wang $50 kepada remaja itu.

Warga Singapura itu, yang tahu umur remaja tersebut, dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kelmarin setelah mengaku bersalah melakukan seks komersial dengan remaja bawah usia 18 tahun.

Mangsa tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah bagi melindungi identitinya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Emily Koh berkata sekitar 2017, remaja itu mula menggunakan laman web iklan Locanto dan terlihat iklan bagi perkhidmatan seks serta pos oleh mereka yang mencari sugar mummy atau 'rakan dengan faedah' (hubungan berbentuk seks tanpa cinta).

Sugar mummy biasanya merujuk kepada wanita lebih tua yang bersedia membayar untuk khidmat lelaki lebih muda.

DPP Koh berkata: "Tertuduh sedar mangsa tidak mempunyai tempat tinggal dan menawarkan penginapan kepada mangsa.

"Masih menyamar sebagai wanita, tertuduh memberitahu mangsa dia boleh menetap di 'tempat tinggal teman lelakinya' dan 'teman lelakinya akan mendapatkan khidmat Grab untuk membolehkannya bermalam di situ'.

"Dengan mempercayai bahawa tertuduh adalah seorang wanita, mangsa bertanya apakah tertuduh akan menyertai sesi seks itu juga.

"Tertuduh, masih menyamar sebagai wanita, menjawab bahawa 'dia mungkin tidak akan menyertainya, 'tetapi (teman lelaki saya) akan memberitahu saya apakah awak telah memberi khidmat seks yang baik'."

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks komersial dengan budak bawah umur 18 tahun, pesalah boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg