Lelaki dipenjara serang pemandu bas dek ditegurnya tidak pakai pelitup

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dipenjara serang pemandu bas dek ditegurnya tidak pakai pelitup

Sep 13, 2021 | 8:18 PM

Lelaki dipenjara serang pemandu bas dek ditegurnya tidak pakai pelitup

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Shake Mohammed Abdul Samad Haji Abduraheem dijatuhkan hukuman penjara 24 minggu. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID
Shake Mohammed Abdul Samad Haji Abduraheem dijatuhkan hukuman penjara 24 minggu. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -

SEORANG lelaki dipenjara 24 minggu pada Isnin (13 Sept) setelah dia didapati bersalah menyerang pemandu bas yang menyuruhnya menutup hidung dan mulutnya dengan pelitup yang hanya diletakkan di bawah dagunya ketika itu.

Shake Mohammed Abdul Samad Haji Abduraheem, 46 tahun, mencakar wajah pemandu bas, Low Chun Kiat, 28 tahun, dan menarik pelitupnya.

Shake juga telah menarik tuas kawalan bas, menyebabkan kerosakan bernilai $1,500.

Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan melakukan serangan dan mengganggu serta melakukan perbuatan jahat yang menyebabkan gangguan pada perkhidmatan utama.

Pada sekitar 1.15 tengah hari, 16 Februari lalu, Shake menaiki perkhidmatan bas 334 di Pusat Pertukaran Bas Jurong East dengan pelitupnya tidak digunakan dengan betul.

Dia kemudian ditegur Encik Low, seorang warga Malaysia.

Timbalan Pendakwa Raya Kenny Yang berkata: "Pada sekitar 1.20 tengah hari, pengadu menyedari bahawa tertuduh masih tidak memakai pelitupnya dengan betul dan mengingatkan tertuduh melakukannya."

Shake kemudian memanggil Encik Low "keldai" dan mencaci beliau, lapor The Straits Times.

Selain menarik pelitup Encik Low dan mencakar wajahnya, Shake juga menarik telinga kiri pemandu bas itu.

Encik Low mendapatkan rawatan di Hospital Besar Ng Teng Fong di mana beliau didapati mengalami bengkak di telinga kirinya itu.

Bagi kesalahan melakukan serangan, pesalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga $5,000.

Bagi kesalahan perbuatan jahat yang menyebabkan gangguan pada perkhidmatan utama, pesalah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg