Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki disyaki terlibat kes rompak di Yishun diberkas

Aug 27, 2022 | 5:30 AM
RAKAN NIAGA: Zara Zya mengakui beliau setakat berkawan dengan Shuib, apatah lagi kini mereka menjalankan perniagaan francais sama, Bubblebee. - Foto SHUIB SEPAHTU INSTAGRAM
RAKAN NIAGA: Zara Zya mengakui beliau setakat berkawan dengan Shuib, apatah lagi kini mereka menjalankan perniagaan francais sama, Bubblebee. - Foto SHUIB SEPAHTU INSTAGRAM -

SEORANG lelaki berusia 47 tahun telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan yang mencederakan.

Menurut satu kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) semalam, pihaknya diberitahu lelaki yang dipercayai merompak seorang wanita di kawasan Yishun Street 11 sekitar 10.30 malam kelmarin sedang ditahan.

Siasatan awal menunjukkan lelaki itu telah memukul wanita berusia 45 tahun itu dan melarikan beg tangannya yang mengandungi wang tunai serta barangan berharga bernilai $500.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan merompak dengan mencederakan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan 1871.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg