Lelaki disyaki tikam pegawai NParks bakal dituduh cuba membunuh
Lelaki disyaki tikam pegawai NParks bakal dituduh cuba membunuh
Seorang lelaki berusia 61 tahun telah ditangkap kerana cuba membunuh selepas beliau disyaki menikam pegawai Lembaga Taman Nasional (NParks) yang sedang melaksanakan tugas penguatkuasaan jarak selamat di penghubung taman Sungei Serangoon.
Lelaki itu, yang tidak memakai pelitup dan sedang memotong tanaman tanpa kebenaran, menjadi agresif terhadap beberapa pegawai NParks yang menghampirinya dan menyerang salah seorang daripada mereka dengan alat tajam, kata polis pada Isnin (4 Mei).
Mangsa mengalami kecederaan serius ke dada, lengan dan tangan. Beliau sedarkan diri semasa dihantar ke Hospital Besar Changi," kata polis yang diberitahu mengenai laporan itu selepas 12 tengah hari.
Lelaki itu melarikan diri dengan basikal, tetapi ditangkap polis selang 1 ½ jam.
Menurut polis, lelaki itu kini ditahan dan juga sedang disiasat kerana memiliki senjata di tempat awam dan melanggar peraturan jarak selamat.
Polis akan memohon perintah mahkamah untuk menghantarnya bagi penilaian psikiatri dan beliau dijangka dituduh di mahkamah pada Rabu (5 Mei) dengan tuduhan cuba membunuh, yang diiringi hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda.

