Topik diikuti
Pergi ke BHkuLelaki ditahan kerana didakwa baling botol kaca dari blok Tanjong Pagar
Lelaki ditahan kerana didakwa baling botol kaca dari blok Tanjong Pagar
Lelaki ditahan kerana didakwa baling botol kaca dari blok Tanjong Pagar

SEORANG lelaki berusia 42 tahun telah ditangkap polis kerana dituduh melempar botol-botol kaca dari tempat tinggi ke koridor di sebuah blok perumahan di Tanjong Pagar.
Kelmarin, pihak polis berkata dalam kenyataan mereka bahawa mereka telah menangkap lelaki tersebut setelah menerima beberapa laporan tentang barang-barang yang dilempar ke koridor tingkat 31 di sebuah blok perumahan di Gopeng Street.
Pihak polis berkata mereka menerima beberapa laporan dari 6 Mei hingga Selasa.
Dengan penggunaan imej daripada kamera polis, pegawai polis menangkap lelaki tersebut pada Selasa.
Dia dituduh di mahkamah semalam kerana berkelakuan terburu-buru - satu kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara selama enam bulan, dengan denda $2,500 atau kedua-dua sekali.
Pihak polis berkata:
"Polis tidak bertolak ansur dalam menangani kelakuan membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan tidak teragak-agak menggunakan kuasa terhadap orang yang melanggar undang-undang yang ditentukan."
Pada 2019, pemandu penghantaran Nasiari Sunee, 73 tahun, meninggal dunia setelah warga Australia Andrew Gosling melempar botol kaca dari tingkat tujuh kondominiumnya di Jalan Spottiswoode Park, yang menghentam kepala datuk sembilan cucu itu.
Gosling dihukum penjara lima tahun dan enam bulan kerana berkelakuan terburu-buru.
