Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki ditahan kerana kes rompak bersenjatakan pisau di Tampines

Jun 4, 2024 | 6:10 PM
Lelaki tersebut yang memakai pelitup muka dan bertopi dikatakan telah merompak seorang mangsa wanita dan meminta wang tunai milik wanita itu dimasukkan ke dalam sebuah beg.
Lelaki tersebut yang memakai pelitup muka dan bertopi dikatakan telah merompak seorang mangsa wanita dan meminta wang tunai milik wanita itu dimasukkan ke dalam sebuah beg. - Foto SPF

Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan di Tampines kerana disyaki terlibat dalam satu kes rompakan bersenjata pada 3 Jun.

Menurut polis, ia dimaklumkan mengenai kejadian rompakan di sebuah kedai pemiutang wang berlesen di Tampines Central 1 sekitar 2.10 petang.

Siasatan awal menunjukkan lelaki tersebut yang memakai pelitup muka dan bertopi, dikatakan telah merompak seorang mangsa wanita dan meminta wang tunai milik wanita itu dimasukkan ke dalam sebuah beg.

Mangsa kemudian menyerahkan wang tunai miliknya berjumlah $6,095.

Menerusi penerangan mangsa mengenai lelaki itu, pegawai polis mengenal pasti dan menahan seorang suspek dalam masa setengah jam selepas kejadian itu.

Wang tunai yang dicuri ditemui semula dan sebilah pisau turut dirampas, lapor The Straits Times (ST).

Komander Divisyen Polis Bedok, Penolong Pesuruhjaya (AC) Polis Justin Wong memuji para pegawai polis tersebut atas kemahiran pemerhatian dan pengetahuan mereka.

“Penerangan terperinci yang diberikan mangsa amat penting dalam penangkapan pantas (suspek),” katanya.

Suspek dijangka didakwa pada 4 Jun atas kesalahan rompakan bersenjata.

Jika didapati bersalah, dia boleh dijatuhi hukuman penjara antara tiga dengan 14 tahun, dan sebat sekurang-kurangnya 12 kali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg