Premium
Lelaki ditahan lepas kereta dikejar polis
Feb 15, 2017 | 5:30 AM
ELAK SEKATAN POLIS: Beberapa kereta dan motosikal polis terlibat dalam kejadian kejaran sewaktu sebuah kereta hitam Mercedes-Benz tidak mematuhi arahan supaya berhenti ketika polis sedang menyekat jalan raya. - Foto STOMP -
SEORANG lelaki berusia 36 tahun telah ditahan bagi kesalahan berkaitan dadah selepas keretanya mengelak pemeriksaan polis sewaktu polis menyekat jalan raya di Kallang Road awal pagi semalam.
Tindakan itu telah membuat beberapa kereta polis dan motosikal mengejar kereta hitam Mercedes-Benz tersebut sehingga ia merempuh pagar di Lorong 14 Geylang sekitar 2.30 pagi.

