Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki ditangkap 58 jam selepas lari daripada pegawai LTA

Nov 9, 2019 | 7:15 PM
BERJAYA DITANGKAP: Rakaman video daripada kamera dalam kenderaan ini menunjukkan pemandu sebuah kereta BMW coupe meninggalkan keretanya di sebuah tempat letak kereta. Dia kemudian berjaya ditangkap polis.
BERJAYA DITANGKAP: Rakaman video daripada kamera dalam kenderaan ini menunjukkan pemandu sebuah kereta BMW coupe meninggalkan keretanya di sebuah tempat letak kereta. Dia kemudian berjaya ditangkap polis. - Foto SHIN MIN DAILY/FACEBOOK

PEMANDU sebuah kereta BMW coupe, yang terlibat dalam beberapa kemalangan semasa cuba melarikan diri daripada pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Rabu lalu telah ditangkap 58 jam kemudian.

Difahamkan, lelaki itu ditangkap polis malam tadi (8 Nov).

Watch on YouTube

Sebelum itu, dia disyaki telah mempamerkan nombor plat kereta palsu oleh seorang pegawai LTA di Geylang Bahru Road.

Polis turut mengeluarkan kenyataan meminta orang awam yang mempunyai maklumat tentang lelaki tersebut untuk menghubungi mereka.

Menurut polis, lelaki itu melanggar sebuah teksi di Geylang Bahru Road dan kemudian berlanggar dengan sebuah kereta di Blok 22 St George's Road semasa cuba melarikan diri daripada pegawai LTA berkenaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg