Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki ditangkap bagi kes langgar lari di Pusat Makanan Newton

Aug 19, 2016 | 11:32 AM
Suspek dipercayai memandu kenderaannya ke arah mangsa di Pusat Makanan Newton sebelum memecut pergi dan merosakkan kenderaan lain.
Suspek dipercayai memandu kenderaannya ke arah mangsa di Pusat Makanan Newton sebelum memecut pergi dan merosakkan kenderaan lain. - GAMBAR FAIL ST

SEORANG lelaki berusia 40 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam satu kemalangan langgar lari di Pusat Makanan Newton.

Pada 12.46 tengah hari 8 Ogos, polis menerima panggilan mengenai satu kemalangan di tempat letak kereta pusat makanan itu.

Seorang lelaki cedera dalam kejadian itu, kata polis dalam satu kenyataan pada Jumaat (19 Ogos).

Pemandu tersebut dipercayai memandu kenderaan itu ke arah mangsa sebelum memecut pergi dan merosakkan kenderaan lain.

Melalui siasatan susulan luas, para pegawai Polis Divisyen Tanglin menetapkan identiti suspek dan menangkapnya di Bukit Batok pada Rabu.

Siasatan lanjut mendapati suspek dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kenderaan itu bagi mengelakkan pengesanan.

Dia juga dipercayai telah melakukan pelbagai kesalahan trafik lain di seluruh pulau, kata polis.

Kesalahan perbuatan gopoh menyebabkan kecederaan membawa hukuman penjara hingga satu tahun atau denda hingga $5,000, atau kedua-duanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg