Topik diikuti
Pergi ke BHkuLelaki ditangkap kerana beri maklumat palsu tentang 'serangan pengganas' di NDP 13 tahun lalu
Lelaki ditangkap kerana beri maklumat palsu tentang 'serangan pengganas' di NDP 13 tahun lalu
Lelaki ditangkap kerana beri maklumat palsu tentang 'serangan pengganas' di NDP 13 tahun lalu
-
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 4, 2018 | 6:40 PM
SEORANG lelaki yang memberi maklumat palsu dengan mengatakan bahawa satu serangan pengganas akan berlaku di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) ke-40 Singapura telah ditangkap, 13 tahun kemudian.
Dia akan dihadapkan ke mahkamah esok (5 Oktober).
Lelaki tersebut dipercayai seorang warga Britain dan telah mendakwa bahawa bom akan diletupkan di acara tersebut.
Menerusi satu kenyataan, polis berkata lelaki berusia 42 tahun itu akan didakwa dengan memberi maklumat yang beliau tahu adalah palsu kepada kakitangan awam.
Dia ditangkap pada 26 Mei lalu di Lapangan Terbang Changi apabila dia tiba di Singapura dari London.