Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki ditangkap selepas buang pinggan dan cawan dari flat HDB di Marine Parade

Jun 25, 2018 | 5:55 PM
Seorang pembantu rumah berusia 32 tahun yang tinggal di blok yang sama berkata beliau melihat seorang lelaki membuang pelbagai barang termasuk barangan kaca dari tingkat sembilan Blok 64 Marine Drive pada 25 Jun 2018.
Seorang pembantu rumah berusia 32 tahun yang tinggal di blok yang sama berkata beliau melihat seorang lelaki membuang pelbagai barang termasuk barangan kaca dari tingkat sembilan Blok 64 Marine Drive pada 25 Jun 2018. - Foto LIANHE WANBAO

SEORANG lelaki berusia 56 tahun ditangkap selepas beliau didakwa membuang pelbagai barang dari koridor sebuah flat HDB di Marine Parade pagi tadi (25 Jun).

Polis berkata mereka dimaklumkan tentang satu kes perbuatan gopoh di Blok 64 Marine Drive sekitar 6.45 pagi tadi.

Jurucakap polis berkata tiada kecederaan dilaporkan.

Pinggan, cawan dan beberapa barangan kaca lain dibuang dari tingkat sembilan bangunan tersebut sehingga memgejutkan seorang pembantu rumah di tingkat empat, lapor akhbar Lianhe Wanbao.

Pembantu rumah berusia 32 tahun itu berkata beliau terdengar bunyi kuat dari luar selepas bangun tidur sekitar 6.30 pagi.

Apabila beliau melihat ke luar, beliau melihat lelaki itu membuang sekurang-kurangnya 10 barang dari koridor tingkat sembilan blok tersebut.

Beliau kemudian menghubungi polis.

Apabila polis tiba, lelaki itu mengunci dirinya dalam flatnya namun polis akhirnya memecahkan pintu flatnya dan memasuki flat itu untuk menangkapnya.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg