Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dituduh bunuh di pub Boat Quay

Jul 19, 2016 | 2:16 PM
Thennarasu Karupiah (tengah) dituduh membunuih dengan niat Encik Arokiasamy Paul Rajoo di Taj Mahal Bollywood Music Lounge. Dia menghadapi hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Thennarasu Karupiah (tengah) dituduh membunuih dengan niat Encik Arokiasamy Paul Rajoo di Taj Mahal Bollywood Music Lounge. Dia menghadapi hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - GAMBAR THE STRAITS TIMES

SEORANG lelaki berusia 47 tahun didakwa pada Selasa (19 Julai) membunuh seorang lelaki berusia 55 tahun di sebuah pub di Boat Quay minggu lepas.

Thennarasu Karupiah dituduh menyebabkan kematian Encik Arokiasamy Paul Rajoo antara 5 dan 5.25 pagi Rabu lalu (13 Julai) di Taj Mahal Bollywood Music Lounge, di aras tiga di 61 Boat Quay.

Tuduhan membunuh dengan niat itu, yang dibacakan dalam bahasa Tamil, tidak menyatakan bagaimana Thennarasu melakukan jenayah tersebut.

Berpakaian kemeja-T polo biru dengan kolar kuning, Thennarasu tidak menunjukkan sembarang perasaan di mahkamah.

Tiada pengakuan diambil daripadanya.

Hakim Daerah Christopher Goh membenarkan permohonan pendakwa polis untuk menahan reman Thennarasu di Divisyen Polis Central selama seminggu, dengan kebenaran membawanya keluar, bagi melengkapkan siasatan dan mendapatkan bukti.

Kes itu akan disebut di mahkamah sekali lagi pada 26 Julai.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin malam, polis berkata Encik Arokiasamy dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedar. Beliau meninggal dunia pada petang Sabtu.

Thennarasu ditangkap pada Isnin.

Jika didapati bersalah membunuh dengan niat, dia berdepan hukuman mati mandatori.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg