Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dituduh bunuh isteri di Yishun

Aug 15, 2016 | 12:36 PM
Mohamad Jonit Adnan tiba di Mahkamah Negara pada Isnin (15 Ogos). Dia didakwa membunuh isterinya, Allahyarhamha Sri Idayu Ghazali, dan menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mohamad Jonit Adnan tiba di Mahkamah Negara pada Isnin (15 Ogos). Dia didakwa membunuh isterinya, Allahyarhamha Sri Idayu Ghazali, dan menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan. - GAMBAR SHIN MIN

SEORANG lelaki berusia 37 tahun didakwa pada Isnin (15 Ogos) membunuh isterinya di Yishun.

Mohamad Jonit Adnan dituduh menyebabkan kematian Cik Sri Idayu Ghazali, 29 tahun, pada kira-kira 9 malam Sabtu di Blok 342B, Yishun Ring Road.

Tuduhan membunuh dengan niat yang membawa hukuman mati mandatori itu dibacakan kepada Jonit dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah.

Hakim Daerah Christopher Goh membenarkan permohonan pendakwa polis untuk menahan reman Jonit selama seminggu di Divisyen Polis Central, dengan kebenaran membawanya ke luar untuk siasatan.

Berpakaian kemeja-T polo merah, Jonit tidak menunjukkan banyak perasaan di kandang tertuduh dan mengangguk kepalanya apabila hakim bercakap.

Kes itu akan disebut semula pada snin (22 Ogos).

Tidak diketahui bagaimana Jonit melakukan pembunuhan itu.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, polis berkata ia menerima panggilan pada kira-kira 9 malam Sabtu.

Pegawai polis mendapati Allahyarhamha Sri Idayu cedera dan mengejarkannya ke Hospital Khoo Teck Puat, tetapi beliau disahkan meninggal dunia pada kira-kira 4.30 pagi Ahad.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg