Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki hadapi 4 tuduhan ubah wang hasil penipuan lebih $1j

Feb 10, 2025 | 7:55 PM
Jonathan Neo Choon Hian, 26 tahun, menghadapi empat tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer kerana disyaki terlibat dalam aktiviti ‘keldai wang’.
Jonathan Neo Choon Hian, 26 tahun, menghadapi empat tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer kerana disyaki terlibat dalam aktiviti ‘keldai wang’. - Foto PIXABAY

Seorang lelaki didakwa membantu sindiket penipuan mengakses akaun Singpass tidak dilindungi dengan betul, dan satu daripadanya didakwa digunakan untuk membuka akaun bank berkaitan lebih $1 juta hasil penipuan.

Pada 10 Februari, Jonathan Neo Choon Hian, 26 tahun, dikenakan empat tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer kerana disyaki terlibat dalam kegiatan ‘keldai wang’.

Tuduhan terhadapnya termasuk memudahkan akses tanpa kebenaran ke akaun bank orang lain dan memperoleh kelayakan Singpass untuk melaksanakan penipuan, lapor The Straits Times.

Kesalahan yang didakwa itu berlaku pada pertengahan 2024 dan awal 2025. 

Dalam satu kenyataan pada 9 Februari, polis menyatakan lelaki Singapura itu didakwa membantu sindiket mengakses akaun Singpass yang terdedah, yang diperoleh melalui iklan penipuan pekerjaan yang disiarkan di platform Telegram.

Seorang jurucakap polis menambah bahawa dua telefon bimbit dan dua kad ATM dirampas.

Pada atau selepas 1 Julai 2024, Neo didakwa memperoleh kelayakan log masuk Singpass seorang lelaki dan kata laluan sekali pakai berkaitan dengannya daripada seorang individu lain – pengguna Telegram dikenali sebagai “Ah Yang”.

Dokumen mahkamah menyatakan maklumat itu kemudian digunakan untuk “memudahkan pelaksanaan sembarang kesalahan di bawah sembarang undang-undang bertulis”.

Dokumen tersebut tidak mendedahkan butiran mengenai kesalahan itu.

Neo juga didakwa membantu Ah Yang mengakses perkhidmatan berkaitan sebuah akaun bank korporat secara haram pada atau selepas 1 Julai 2024.

Secara berasingan, pada 13 Januari 2025, Neo didakwa membantu seorang lagi pengguna Telegram yang dikenali sebagai “Juice” untuk mengakses perkhidmatan akaun bank berbeza secara haram.

Neo juga didakwa membantu Ah Yang dan Juice dalam usaha melakukan kesalahan serupa melibatkan akaun bank lain antara 5 dan 6 Februari 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg