Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki hayun pedang ditahan polis di Buangkok Square

Mar 15, 2022 | 5:30 AM
DITAHAN POLIS: Lelaki yang membawa pedang telah merosakkan sekurang-kurangnya tiga kereta dan menyerang seorang pejalan kaki. - Foto FACEBOOK/IRENE HO
DITAHAN POLIS: Lelaki yang membawa pedang telah merosakkan sekurang-kurangnya tiga kereta dan menyerang seorang pejalan kaki. - Foto FACEBOOK/IRENE HO -

SEORANG lelaki ditangkap kerana mengugut dan memiliki pedang semalam.

Dalam satu kenyataan, polis berkata sekitar 1.55 petang semalam, mereka memberi respons kepada satu panggilan mengenai seorang lelaki yang membawa pedang di Buangkok Square.

Lelaki itu dipercayai mengayunkan pedang ke arah orang awam dan kenderaan dan merosakkan sekurang-kurangnya tiga kereta di kawasan tersebut, tambah polis.

Suspek ditahan lima orang umum sebelum lelaki itu diberkas polis yang menerima panggilan kecemasan itu.

Lelaki tersebut, bersama dengan lagi dua individu mengalami kecederaan ringan.

Polis berkata, mereka telah merampas pedang dan siasatan sedang dijalankan.

Dalam beberapa video yang dikongsi menerusi media sosial, lelaki itu kelihatan sedang berjalan di jalan raya sambil membawa pedang bersamanya.

Apabila kereta berlalu melintasinya, lelaki itu mengayunkan pedang ke arah kereta-kereta tersebut.

Ketika berjalan menuju ke kawasan lalu-lintas, lelaki itu cuba menyerang seorang pejalan lelaki namun tergelincir dan jatuh ke lantai.

Beberapa pejalan kaki kemudian menerkam dan menahannya.

Jika sabit kesalahan ugutan, lelaki itu boleh dijel sehingga dua tahun, dikenakan denda atau kedua-duanya.

Jika didapati bersalah memiliki senjata di tempat awam, dia boleh dijel sehingga tiga tahun dan dirotan sekurang-kurangnya enam kali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg