Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki laku kesalahan seksual terhadap anak tiri selama 7 tahun

Sep 10, 2018 | 3:55 PM
8bb7a926-4cfe-4378-bc13-aaefa2db43f8
-

DIA melakukan kesalahan seksual buat kali pertama terhadap anak tirinya ketika gadis itu baru berumur 12 tahun.

Kemudian, dia terus melakukan kesalahan seksual terhadap anak tirinya itu selama tujuh tahun selepas itu, termasuk memaksa gadis itu melakukan seks oral dengannya.

Kejadian itu berlaku semasa dia bersendirian di rumah dengan anak tirinya atau semasa anggota keluarga lain sedang tidur atau tidak berada di rumah, menurut akhbar The Straits Times.

Pada 2014, gadis itu memberitahu anggota keluarganya tentang perbuatan lelaki itu selepas lelaki itu memukulnya kerana beliau enggan mengikut kehendaknya.

Atas perbuatannya, lelaki itu yang kini berusia 45 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh setengah tahun hari ini (10 September).

Menurut dokumen mahkamah, mangsa menunjukkan simptom trauma emosi semasa menjalani kaunseling.

Ini termasuk kekurangan tidur dan rasa takut bertemu dengan lelaki yang menganiayanya itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg