Topik diikuti
Pergi ke BHkuLelaki maut dalam kemalangan di Upper Bukit Timah Road
Lelaki maut dalam kemalangan di Upper Bukit Timah Road
Lelaki maut dalam kemalangan di Upper Bukit Timah Road
SEORANG lelaki berusia 25 tahun meninggal dunia selepas kenderaan yang ditumpangnya melanggar penghadang jalan dan pokok di sepanjang Upper Bukit Timah Road pagi tadi.
Seorang lelaki lain, pemandu kenderaan tersebut, dibawa ke hospital.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai insiden tersebut, yang berlaku berhampiran Kondominium Springdale, sekitar 1.30 pagi.
Pemandu berusia 28 tahun itu, yang terperangkap dalam kenderaan tersebut, dibebaskan menggunakan alat hidraulik dan dibawa ke Hospital Universiti Nasional dalam keadaan sedar.
Penumpang kenderaan tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.
Pemandu tersebut ditangkap kerana menyebabkan kematian akhibat perbuatan cuai, menurut polis.
Polis menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.
Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa kemalangan tersebut berlaku apabila pemandu itu hilang kawalan kenderaannya yang kemudian melanggar pembahagi jalan sebelum melanggar pokok.
