Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki maut dalam nahas melibatkan beberapa kenderaan di Tanah Merah Coast Road

Jun 21, 2018 | 2:06 PM
NAHAS JALAN RAYA: Seorang lelaki berusia 31 tahun meninggal dunia akibat satu kemalangan yang melibatkan beberapa kenderaan di Tanah Merah Coast Road.
NAHAS JALAN RAYA: Seorang lelaki berusia 31 tahun meninggal dunia akibat satu kemalangan yang melibatkan beberapa kenderaan di Tanah Merah Coast Road. - Foto FACEBOOK/SG ROAD VIGILANTE

BELIAU berhenti untuk membantu pemandu sebuah lori jongket yang rosak di Tanah Merah Coast Road semalam (20 Jun).

Namun, lelaki berusia 31 tahun itu terkorban akibat satu kemalangan yang melibatkan beberapa kenderaan.

Ini ekoran sebuah lori yang meluru ke arah lori jongket itu, lalu merempuh lelaki itu antara dua kenderaan tersebut.

Polis berkata mereka dimaklumkan tentang nahas melibatkan sebuah lori jongket dan tiga lori di Tanah Merah Coast Road menghala ke Changi Coast Road sekitar 7 malam.

Lelaki berusia 31 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.

Menurut akhbar The Straits Times, lelaki itu terperangkap antara lori jongket itu dan satu lagi lori yang telah bergerak ke hadapan dan melanggarnya selepas ia dilanggar satu lagi lori dari belakang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg