Lelaki maut di Punggol Field: Lelaki warga S'pura 20 tahun dituduh membunuh
Lelaki maut di Punggol Field: Lelaki warga S'pura 20 tahun dituduh membunuh
May 17, 2020 | 4:41 PM
- LIANHE ZHAOBAO / FACEBOOK
Seorang lelaki warga Singapura berusia 20 tahun, pada Ahad (17 Mei) telah dituduh membunuh seorang lelaki yang sedang berlari anak di Punggol Field minggu lalu.
Surajsrikan Diwakar Mani Tripathi, yang dihadapkan ke mahkamah menerusi sidang video, dituduh menikam Tay Rui Hao, 38 tahun berhampiran perhentian bas di Punggol Field Road, sekitar 11.08 malam pada 10 Mei.
Surajsrikan akan ditahan di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi dan dihadapkan ke mahkamah semula pada 5 Jun.

