Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki sebabkan kecederaan guna pedang samurai dijel 18 bulan, enam rotan

Dec 28, 2022 | 5:30 AM
DIHUKUM: Fadhil Yusop menggunakan pedang samurai untuk merempuh kereta yang lalu-lalang di persimpangan lalu lintas di hadapan pusat beli-belah menyebabkan kenderaan itu rosak. - Foto oleh TANGKAP LAYAR ROADS.SG/FACEBOOK
DIHUKUM: Fadhil Yusop menggunakan pedang samurai untuk merempuh kereta yang lalu-lalang di persimpangan lalu lintas di hadapan pusat beli-belah menyebabkan kenderaan itu rosak. - Foto oleh TANGKAP LAYAR ROADS.SG/FACEBOOK -

SEORANG lelaki yang menghayun pedang ke arah pejalan kaki dan beberapa kereta berhampiran pusat beli-belah Buangkok Square semalam dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan enam sebatan.

Fadhil Yusop, 38 tahun, menggunakan pedang itu untuk memokelar Encik Kumarapeli Arachchige Amila Chinthana sebanyak tiga kali pada 14 Mac 2022.

Mangsa mengalami kecederaan di lengan dan bahu kirinya, lapor The Straits Times (ST).

Encik Chinthana, ketika itu telah pulang ke rumah selepas membeli makanan untuk isterinya yang hamil.

Menurut Encik Chinthana, beliau mengalami luka di bahu kirinya yang lebih daripada 10cm, serta luka di tangan kiri dan di bawah lehernya.

Fadhil turut menggunakan senjata itu untuk merempuh kereta yang lalu-lalang di persimpangan jalan di hadapan pusat beli-belah itu dan menyebabkan kenderaan itu rosak.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, polis berkata Fadhil disyaki telah mengambil beberapa pil yang tidak diketahui sebelum meninggalkan rumahnya dengan pedang.

Dia bertengkar sebentar dengan beberapa orang awam di lobi lif blok Lembaga Perumahan (HDB) di mana dia tinggal.

Dia kemudiannya melintasi jalan dan menggunakan senjatanya untuk merempuh empat kereta yang lalu, mahkamah mendengar.

Di persimpangan lalu lintas di hadapan pusat beli-belah Buangkok Square, dia menghayunkan senjata ke arah Encik Chinthana, yang melawan dan berjaya membendung Fadhil selepas bergelut.

"Sangat bernasib baik kerana lantai itu sangat licin dan dia terjatuh.

"Saya berjaya mencengkam dua kakinya dan menahannya dengan menggunakan kekuatan," kata Encik Chinthana, yang turut mengalami lebam pada siku dan lututnya akibat bergelut dengan penyerangnya.

Orang ramai yang melihat kekecohan itu meluru untuk menahan Fadhil sehingga polis tiba.

Semasa menyerbu rumahnya, polis menemui dua paket pil kuning.

Fadhil mengaku bersalah pada Selasa atas tiga pertuduhan, dengan dua pertuduhan lain diambil kira dalam menjatuhkan hukuman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg