Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki sebabkan kematian bayi temanita didapati salah atas tuduhan bunuh

Jul 14, 2022 | 5:30 AM
9089daf0-7096-4687-a49e-e14a38c5e0f6
- Foto SPH

SEORANG lelaki berusia 29 tahun didapati bersalah atas tuduhan membunuh selepas Mahkamah Tinggi menolak dakwaannya bahawa kepala bayi temanitanya itu telah terhentak selepas terjatuh daripada tangannya.

Mohamed Aliff Mohamed Yusoff yang menentang tuduhan membunuh itu mendakwa yang dia sedang memegang bayi itu dengan tangannya dan cuba menutup pintu vannya apabila bayi itu bergerak lalu terjatuh, kepala dahulu, di atas lantai van sebelum terjatuh ke lantai tempat letak kereta.

Namun, Hakim Mahkamah Tinggi Cik Mavis Chionh merumuskan bahawa Aliff yang telah menyebabkan kecederaan kepala Izz dengan menolak kepalanya ke lantai van itu.

Hakim Chionh mendapati dakwaan Aliff bahawa terjatuh secara tidak sengaja itu tidak konsisten dengan dapatan autopsi dan pandangan perubatan.

Konsultan Kanan yang juga pakar patologi forensik, Encik Gilbert Lau, mendapati bahawa bayi itu meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak menyusuli kecederaan traumatik.

Dr Lau berkata sekiranya Izz benar-benar terjatuh dengan impak mencukupi sehingga mengalami kecederaan dalaman yang mengorbankannya, beliau mungkin dapat menemui luka atau calar pada tengkoraknya - tapi beliau tidak menjumpainya.

Dalam kenyataannya kepada polis, Aliff berdolak-dalik antara mengakui menolak kepala Izz ke papan lantai van itu sebanyak dua kali dengan dakwaan bahawa kepala Izz terhentak selepas terjatuh daripada tangannya.

Apabila Dr Lau dibentangkan dengan pelbagai versi kejadian, beliau mendapati versi di mana Aliff mengakui menolak kepala Izz ke papan lantai van itu sebanyak dua kali amat konsisten dengan dapatan autopsinya.

Insiden itu berlaku antara 10 malam pada 7 November 2019 dengan 12.15 pagi pada keesokan harinya di tempat letak kereta di Yishun Street 81.

Hakim Chionh berkata sikap Aliff selepas insiden itu menyokong versi bahawa dia telah sengaja menolak kepala Izz ke lantai van tersebut.

Kes itu disambung untuk hukuman pada Ogos ini.

Aliff berhadapan hukuman mati atau penjara seumur hidup, namun mahkamah diberitahu semalam bahawa pihak pendakwa raya tidak akan menuntut hukuman mati dikenakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg