Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki seludup rokok terlarang buat kali keempat dipenjara, didenda

Jul 18, 2019 | 8:53 AM
ROKOK TERLARANG: Kastam Singapura merampas 3,948 karton rokok yang tidak dibayar cukai, sebuah lori dan dua kereta semasa satu operasi.
ROKOK TERLARANG: Kastam Singapura merampas 3,948 karton rokok yang tidak dibayar cukai, sebuah lori dan dua kereta semasa satu operasi. - Foto Kastam Singapura

SEORANG lelaki yang ditangkap menyeludup rokok terlarang buat kali keempat dipenjara tiga setengah tahun dan didenda $10.416 juta semalam (17 Julai).

Oleh kerana dia tidak membayar denda itu, dia akan menjalani hukuman penjara tambahan lagi 28 bulan, atau dua tahun empat bulan, menurut Kastam Singapura dalam satu kenyataan.

Raymond Soh Tian Khoon, 53 tahun, didapati bersalah buat kali pertama pada 17 Oktober 2006 kerana menghantar 200 karton rokok yang tidak dibayar cukai dan dipenjara 10 bulan.

Pada 2012, dia ditangkap kerana menghantar 850 karton rokok terlarang.

Kali ketiga Soh ditangkap adalah pada 2013, semasa dia dibebaskan dengan ikat jamin bagi kesalahan yang dilakukannya pada 2012. Ketika itu, dia membawa masuk 90 karton dan 604 paket rokok yang tidak dibayar cukai.

Dia didapati bersalah pada 12 Februari 2014 dan dipenjara 14 bulan serta didenda $352,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg