Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki sewa gudang simpan ‘vape’ lebih $5.2j dipenjara

Nov 29, 2024 | 5:03 PM
Toh Wee Leong, 38 tahun, dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda $14,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan sengaja membantu anggota sindiket menyimpan peranti e-rokok dan ‘pod’ untuk dijual.
Toh Wee Leong, 38 tahun, dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda $14,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan sengaja membantu anggota sindiket menyimpan peranti e-rokok dan ‘pod’ untuk dijual. - Foto PIXABAY

Seorang lelaki yang ketagih judi telah menyewa unit gudang di Woodlands bagi pihak seorang lelaki yang didakwa sebagai anggota utama sindiket barangan berkaitan ‘vape’, selepas individu tersebut menawarkan untuk melunaskan hutangnya sekitar $80,000.

Pada April, pihak berkuasa menyerbu gudang itu dan merampas barangan berkaitan ‘vape’ bernilai lebih $5.2 juta, termasuk lebih 156,000 set pelbagai jenis peranti e-rokok dan lebih 252,000 ‘pod vape’.

Warga Singapura, Toh Wee Leong, 38 tahun, dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda $14,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan sengaja membantu Chua Wee Ming, 33 tahun, yang didakwa ahli sindiket, menyimpan peranti e-rokok dan ‘pod’ untuk dijual.

Toh akan dikenakan tambahan 28 hari penjara jika gagal membayar denda tersebut.

Kes melibatkan Chua, seorang rakyat Malaysia, masih dalam perbicaraan.

Pada 2022, Toh, yang dirundung masalah hutang akibat judi, diperkenalkan dengan Chua di sebuah pub di Malaysia.

Chua tawar untuk melunaskan hutangnya jika Toh menolongnya menyeludup peranti e-rokok ke Singapura.

Pada 17 September 2022, Toh cuba bawa masuk peranti tersebut melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands namun tidak berjaya dan ditangkap. 

Menurut pendakwa Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Encik Donn Praabu Dennis, selepas penangkapannya, Chua, yang dirujuk sebagai Ming dalam dokumen mahkamah, memaksa Toh menyewa gudang di Singapura untuk kegiatan haram kerana dia telah melunaskan hutangnya.

Toh menandatangani kontrak sewa pada 2023 dan kemudian mendapati tempat itu digunakan untuk menyimpan peranti e-rokok, lapor The Straits Times (ST).

Sementara itu, pihak Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menerima laporan bahawa dua warga Thailand yang telah tamat tempoh tinggal di Singapura berada di sebuah unit gudang, dan menyerbu tempat tersebut pada 24 April.

Semasa serbuan, mereka menemui sejumlah besar peranti e-rokok dan segera memaklumkan HSA.

Dua warga Thailand itu, B1 dan B2, turut ditahan.

Mereka mengaku membungkus peranti e-rokok haram bersama tiga pekerja lain yang tidak hadir semasa serbuan.

Siasatan mendedahkan bahawa unit itu disewa di bawah nama Toh, dan dia ditangkap tidak lama selepas itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg