Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki Sri Lanka didakwa bunuh isteri di Holiday Inn Express, Katong

Sep 11, 2023 | 3:19 PM
TEMPAT KEJADIAN: Kenderaan polis di tempat kejadian pembunuhan di hotel Holiday Inn Express, Katong, pada 10:30 malam pada 9 September.
TEMPAT KEJADIAN: Kenderaan polis di tempat kejadian pembunuhan di hotel Holiday Inn Express, Katong, pada 10:30 malam pada 9 September. - Foto ST

Seorang lelaki Sri Lanka yang dikatakan membunuh isterinya di sebuah hotel di East Coast Road dan kemudian mengaku melakukan pembunuhan itu di sebuah pos polis berdekatan, telah didakwa di mahkamah pada Isnin.

Eshan Tharaka Koottage, 30 tahun, dikatakan telah membunuh Diyawinnage Sewwandi Maduka Kumari, 32 tahun, antara 10.45 pagi dan 4.42 petang pada Sabtu di hotel Holiday Inn Express Singapura Katong, yang bersebelahan gedung beli-belah i12 Katong.

Polis mengetahui jenayah itu apabila lelaki itu muncul di Pusat Polis Kejiranan Marine Parade, sekitar 1.5 kilometer dari hotel itu, pada 5.05 petang, dengan tujuan mengaku melakukan pembunuhan tersebut.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, polis berkata bahawa para pegawai polis dihantar ke bilik hotel lelaki itu dan mendapati mangsa terbaring tidak bergerak dengan kesan luka. Wanita itu disahkan meninggal dunia di situ oleh paramedik.

Suami mangsa kemudian ditahan di pos polis.

Sebilah pisau, yang dipercayai digunakan dalam insiden tersebut, ditemui di bilik hotel itu.

Pada Isnin, Eshan, yang tidak diwakili, muncul di mahkamah menerusi pautan video dan bercakap menerusi seorang penterjemah Sinhalese.

Pihak pendakwa meminta mahkamah supaya menahan reman Eshan selama seminggu dan meminta izin untuk membawanya meninjau semula tempat kejadian dan mendapatkan bukti.

Di mahkamah, Eshan meminta untuk bercakap dengan Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka untuk mendapatkan seorang peguam.

Pihak pendakwaan berkata bahawa Suruhanjaya Tinggi telah diberitahu tentang kes itu tetapi semasa siasatan masih dijalankan, Eshan tidak dibenarkan berkomunikasi dengan sesiapa buat masa ini.

Pendakwa raya menambah bahawa pegawai penyiasat mungkin membenarkan komunikasi kemudian.

Eshan akan kembali ke mahkamah pada Isnin depan.

Jika disabit kesalahan membunuh, dia menghadapi hukuman mati.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg