Lelaki terlibat dalam rompakan 'dirancang' dipenjara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki terlibat dalam rompakan 'dirancang' dipenjara

Mar 27, 2021 | 5:30 AM

Lelaki terlibat dalam rompakan 'dirancang' dipenjara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
64999fc3-38aa-458b-ab72-595b1e14b75c
-

SEORANG lelaki yang terlibat dalam rompakan melibatkan wang tunai bernilai $418,000 dihukum penjara enam tahun dan 10 bulan semalam.

Joshua John Foo Kuo-Li menghadapi beberapa tuduhan lain termasuk penipuan berkaitan rompakan dan dua tuduhan serangan yang tidak berkaitan.

Warga Singapura berusia 25 tahun itu juga mengaku bersalah terhadap tuduhan ugutan jenayah dan tujuh kesalahan berkaitan dadah.

Mahkamah juga diberitahu Foo telah bekerjasama dengan Ernest Leong Zhang Shengto, 28 tahun, untuk melakukan rompakan itu pada 2019.

Leong dilantik sebagai penghantar barangan bagi Royston Lim Swee Sheng, 39 tahun, yang terlibat dalam dagangan wang haram.

Dalam prosiding yang diadakan sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sunil Nair berkata pada 19 Februari tahun itu, Leong telah ke Korea Selatan bersama dua lagi pekerja penghantaran - Ng Yu Jie, 22 tahun dan Hong Jing Hui, 28 tahun - untuk mengangkut wang sebanyak $418,000 secara fizikal ke Singapura.

Ketika masih di negara itu, seorang lelaki telah memberi Ng wangnya.

Kemudian, beliau membahagikan jumlah itu antara tiga pekerja penghantaran untuk memudahkan penghantaran ke Singapura.

Leong ingin menyimpan wang itu untuk dirinya sendiri, dan kemudian menelefon Foo tiga hari kemudian dan memberitahu rancangannya untuk menipu Lim dengan satu rompakan dan Foo bersetuju.

DPP berkata: "Tindakan itu memperbodohkan mangsa untuk mempercayai bahawa wang itu telah diambil oleh perompak yang tidak dikenalinya dan tidak mempunyai kaitan dengan Ernest, Yujie atau Jing Hui."

KES COVID-19 DI SG, 26 MAC

JUMLAH BARU: 12

DALAM MASYARAKAT: 1

IMPORT: 11

DI DORMITORI: 0

JUMLAH KEMATIAN: 30

JUMLAH KESELURUHAN: 60,265 (Hingga 12 tengah hari semalam)

Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.bh.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg