Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki tetak mangsa selepas ambil ganja dihukum penjara, sebat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki tetak mangsa selepas ambil ganja dihukum penjara, sebat

Jan 11, 2024 | 06:41 PM



Selepas mengambil dadah, Nabil Erfan Kamil, 29 tahun, menjadi curiga bahawa kenalannya ingin mencederakannya.

Oleh kerana itu, dia mengambil pisau pemotong dari dapurnya dan menetak mangsa pada pergelangan tangan, tangan, dan lututnya.

Mangsa berusia 29 tahun, berjaya melepaskan diri apabila bapa Nabil campur tangan.

Apabila Nabil kembali sedar, dia menangis dan ingin meminta maaf kepada mangsa.

Menurut laporan The Straits Times, Nabil telah dijatuhi hukuman penjara 31 bulan dan enam minggu serta enam sebatan rotan selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan menggunakan senjata berbahaya.


Pada 14 Julai 2022 sekitar 4 petang, Nabil melihat mangsa di kolong flat Blok 116 Jalan Bukit Merah dan mengajaknya naik untuk berbual di luar flat yang didudukinya.

Nabil yang ketika itu mengalami gangguan psikosis akibat ganja, pergi ke dapur dan mengambil pencencang lalu disembunyikan di belakangnya.

Mangsa telah menggunakan telefon bimbitnya dan tidak menyedari bahawa Nabil telah kembali.

Walaupun mangsa mengangkat tangan untuk melindungi dirinya, Nabil terus menetak pergelangan tangan, tangan dan lutut lelaki itu.

Bapa Nabil bergegas keluar dan menahannya ketika mangsa melarikan diri.

Laporan oleh Institut Kesihatan Mental (IMH) berkata Nabil mengalami gejala psikosis akibat penggunaan ganja.

Sebelum kejadian ini, Nabil dilaporkan pernah mengalami halusinasi pendengaran dan mempunyai perasaan curiga selepas mengambil dadah.

Pada 13 September 2021, Nabil pernah menyerang seorang pengawal keselamatan di Rivervale Mall.

Semasa menjatuhi hukuman pada 11 Januari, Hakim Daerah Wong Peck berkata mangsa bernasib baik dalam insiden tetak itu kerana telah pulih sepenuhnya.

Beliau berkata walaupun Nabil mengalami gangguan daripada penggunaan ganja pada masa kesalahan itu, keadaan dirinya yang mabuk adalah disebabkan oleh kelakuannya sendiri.

Kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya dengan sengaja, Nabil boleh dipenjara seumur hidup, atau sehingga 15 tahun, dan dikenakan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >