
MENGGUNAKAN banyak akaun yang telah dibentuk, seorang penipu meletakkan senarai bilik hotel di Resorts World Sentosa, Marina Bay Sands dan Sentosa di Carousell.
Sekurang-kurangnya 20 orang menghubunginya untuk menempah bilik hotel, tetapi Seow Ren Wei tidak membuat sebarang tempahan untuk mereka tetapi sebaliknya, menipu mereka dengan jumlah $23,010.
Lelaki berusia 28 tahun itu dipenjarakan selama 15 bulan semalam selepas dia mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan menipu.
Sebanyak 17 lagi pertuduhan telah diambil kira semasa menjatuhkan hukuman. Timbalan Pendakwa Raya Cik Tan Yanying berkata Seow telah meletakkan senarai itu di Carousell dan menggunakan akaun berbeza untuk mengelak pengesanan penipuannya.
"Tertuduh telah meletakkan iklan itu walaupun tidak mempunyai bilik hotel untuk ditawarkan dan tidak berniat untuk mendapatkan mana-mana bilik hotel bagi orang yang menjawab penyenaraiannya," tambah DPP Tan.
Selepas mangsanya menghubunginya untuk menempah bilik hotel, Seow bersetuju untuk memenuhi setiap tempahan dan meminta setiap daripada mereka membuat pembayaran penuh dengan segera ke salah satu akaun PayNownya.
Selepas menerima wang itu, Seow akan berhenti membalas mesej dan panggilan mangsa.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg