Lelaki warga India ditemui cedera dan meninggal dunia di Hospital Khoo Teck Puat
Lelaki warga India ditemui cedera dan meninggal dunia di Hospital Khoo Teck Puat
Apr 23, 2020 | 2:06 PM
MENINGGAL DUNIA: Polis menyatakan bahawa seorang lelaki warga India berusia 46 tahun ditemui tidak bergerak di kawasan tangga hospital tersebut dan kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dihadapinya. - - Foto HOSPITAL KHOO TECK PUAT
Polis sedang menyiasat satu kes kematian luar biasa yang berlaku di Hospital Khoo Teck Puat semalam.
Dalam kenyataannya tengah hari ini, polis menyatakan bahawa seorang lelaki warga India berusia 46 tahun ditemui tidak bergerak di kawasan tangga hospital tersebut dan kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dihadapinya.
Menurut polis, pihaknya mendapat laporan pada 7.29 pagi tadi tentang satu kes kematian luar biasa.
"Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat," menurut kenyataan ringkas itu.

