Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki warga Malaysia ditangkap selepas tinggalkan lori yang bawa rokok kontraban di Woodlands

Jul 6, 2018 | 1:06 PM
DITANGKAP: Usaha mencari Asrul Nizam Jamil (gambar atas) yang telah ditangkap hari ini (6 Julai) menyebabkan kesesakan di pusat pemeriksaan Woodlands semalam.
DITANGKAP: Usaha mencari Asrul Nizam Jamil (gambar atas) yang telah ditangkap hari ini (6 Julai) menyebabkan kesesakan di pusat pemeriksaan Woodlands semalam. - Foto ICA

SEORANG lelaki berusia 31 tahun yang meninggalkan lorinya yang membawa rokok kontraban di pusat pemeriksaan Woodlands telah ditangkap hari ini (6 Julai).

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata pegawainya menangkap lelaki warga Malaysia itu, Asrul Nizam Jamil, sehari selepas beliau meninggalkan lorinya di ruang pemeriksaan kargo di pusat pemeriksaan itu.

Akibatnya, operasi pusat pemeriksaan di Woodlands itu digantung buat sementara awal pagi semalam sementara pihak berkuasa cuba mencari pemandu lori itu.

Beberapa gambar yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan kesesakan di pusat pemeriksaan itu akibat kejadian tersebut.

ICA berkata Asrul Nizam telah selesai menjalani pemeriksaan imigresen dan lorinya sedang menjalani pemeriksaan lanjut sekitar 2.50 pagi semalam apabila beliau meninggalkan kenderaannya itu.

Pegawai ICA kemudian menemui sekitar 5,000 paket rokok yang tidak dibayar cukai tersembunyi dalam lori itu.

Siasatan sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg