SPH Logo mobile
Langgan|

Lelaki warga Singapura cedera teruk akibat satu kemalangan di Phuket

Lelaki warga Singapura cedera teruk akibat satu kemalangan di Phuket

Feb 3, 2018 | 5:46 PM

Lelaki warga Singapura cedera teruk akibat satu kemalangan di Phuket

KEMALANGAN DI PHUKET: Kereta Toyota Fortuner berwarna putih yang dipandu warga Singapura, Encik Ang Koh Lin, di Phuket terbabas dekat Monumen Dua Wirawati di pulau peranginan itu.
KEMALANGAN DI PHUKET: Kereta Toyota Fortuner berwarna putih yang dipandu warga Singapura, Encik Ang Koh Lin, di Phuket terbabas dekat Monumen Dua Wirawati di pulau peranginan itu. - Foto THE NATION/ASIA NEWS NETWORK

SEORANG lelaki warga Singapura yang berusia 55 tahun cedera teruk apabila keretanya terbabas ke sebuah pagar di sebuah monumen di Phuket, Thailand, menurut The Phuket Gazette.

Menurut akhbar The Straits Times yang menukil laporan tersebut, Encik Ang Koh Lin yang memandu sebuah kereta Toyota Fortuner berwarna putih melanggar pagar besi dekat Monumen Dua Wirawati di Phuket kelmarin (1 Feb).

Ang diberi bantuan kecemasan di tempat kejadian oleh pekerja kecemasan dan segera dibawa ke hospital.

Menurut polis tempatan, mereka percaya Encik Ang telah memandu dari Paklok - sekitar 10 minit perjalanan dari pantai timur pulau peranginan itu - menghala ke barat pada kelajuan yang tinggi apabila keretanya terbabas.

Polis berkata Encik Ang mungkin tidak sedar tentang penutupan jalan raya di bulatan monumen itu ketika kejadian itu.

Mereka juga berkata Encik Ang mungkin tertidur kerana beberapa jenis ubat ditemui dalam kenderaannya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg